TERBARU @UTARAFM
ARKIB @UTARAFM
LINK LIST
Home
Jabatan Kastam Sabah
Janathan Kandok
Penaung
Pertubuhan Kimaragang Malaysia
Utara.FM
Penaung Utara.FM | Tuan Haji Janathan Kandok
Penaung Utara.FM | Tuan Haji Janathan Kandok
Selama lebih kurang 2 tahun Utara.FM aktif sebagai radio online NGO tetapi kekurangannya ialah belum ada yang menaunginya. Sejarah dilakar pada hari ini apabila Tuan Haji Janathan Kandok yang memegang teraju Pertubuhan Kimaragang Malaysia (PKM) sudi menjadi Penaung Utara.FM. Beliau yang juga memegang jawatan antara yang tertinggi di Jabatan Kastam Negeri Sabah mengucapkan terima kasih kepada Utara.FM atas penghormatan ini. PKM juga secara langsung menjadi penaja server radio Utara.FM.
Utara.FM | Radio Online Sabahan
Definisi Utara.FM
Utara.FM ialah radio online yang dibangunkan oleh anak watan Sabah. Pemilihan nama Utara merujuk kepada Utara Borneo atau "North of Borneo" iaitu Sabah.
Matlamat
Utara.FM diwujudkan untuk menjadi alternatif hiburan disamping menjadi ejen penyampai maklumat kepada pendengar. Selain itu, untuk membantu artis-artis tempatan Sabah mempromosikan lagu.
Fokus
Utara.FM memfokuskan kepada lagu-lagu tempatan Sabah sebagai siaran disamping menyelitkan lagu-lagu dari luar.
Peranan
Membantu menaik taraf kredibiliti IT negeri Sabah yang pernah dilabelkan sebagai yang terendah di Malaysia selepas Kelantan. Pada masa Utara.FM ditubuhkan belum ada radio online yang dibuat dalam komuniti. Ini menjadikan Utara.FM menjadi radio online berkomuniti pertama di Sabah. Selepas kewujudan Utara.FM maka pada masa ini banyak radio online yang wujud di Sabah.
Pelaksana
Pelaksana Utara.FM terdiri dari warga Sabah yang berminat yang mana ada antara mereka berada di luar Sabah dan di luar Malaysia.
Kaedah Dapatkan Input siaran
Siaran dibuat secara AutoDJ dan berpenyampai yang mana input siaran seperti lagu-lagu diperolehi kebanyakannya dari internet. Selain itu, penyampai yang bertugas akan mengongsikan info dapatan dari internet atau makluman dari pihak-pihak tertentu.
Kepentingan Kepada Pendengar
Untuk memenuhi keperluan rohani dalam hiburan sambil pendengar melayari internet. Disamping mendengar, ruangan chat yang disediakan memberikan kemudahan kepada pendengar untuk berkomunikasi sesama pendengar dan penyampai (jika ada pada masa itu). Akhirnya akan terjalin ikatan persahabatan secara langsung antara pendengar dan pendegar serta pendengar dan penyampai.
Kumpulan Sasar Pendengar
Sasaran pendengar Utara.FM ialah warga tempatan khususnya Sabah yang melayari internet sama ada mereka berada di dalam atau di luar Sabah.
Strategi Jangka Panjang
Utara.FM dalam rangka untuk menjadi radio online NGO #1 Malaysia dengan pelbagai cara termasukklah mengadakan aktiviti kerjasama dengan mana-mana pihak.
Carta Organisasi Utara.FM
- Blog Comments
- Facebook Comments
Suara Masyarakat Sabah
PLAYER UTARAFM
FOLLOW FACEBOOK @UTARAFM
MENARIK @UTARAFM
-
Warga UtaraFM bersama Ebi dan Marlalin ketika Pelancaran Telemovie ABOI -HIASAN Polis terpaksa menembak penyanyi wanita Iban popular m...
-
Boleh dikatakan setiap kali ada Nora Danish, pasti ada cerita menarik. Sama ada cerita itu enak didengar atau sebaliknya, Nora dilihat bij...
-
PENGACARA popular ini sememangnya menjadi perhatian peminat kerana penampilannya sentiasa terkini. Namun baru-baru ini dia sekali la...
-
PETALING JAYA: Presiden, Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Datuk Yusof Haslam menyifatkan kenyataan aktres Wardina Safiyyah menyala...
-
KUALA LUMPUR: Acara pradengar album Aliff Aziz berjudul Rebirth sebentar tadi diadakan di pejabat Sony Music Entertainment Malaysia di Pub...
-
Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang. ...
-
KARAKTERNYA yang ceria tidak menyukarkan Lia Natalia, 19, pendatang baru dalam industri lakonan untuk beraksi di hadapan kamera. Nam...
-
Fenomena Ziana Zain Pitas sedang bergelombang di Sabah pada ketika ini apabila salah satu fan page Sabah telah memuat naik video beliau men...
-
Menurut Emma, 21, beliau memang tidak bersekolah tetapi menghadiri home school ituti pembelajaran di rumah. Menurut Emma lagi, dia tidak ...