KUALA LUMPUR: Rekod 13 tahun sifu muzik terkenal, Datuk M Nasir sebagai Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak, akhirnya dipecahkan Edry Abdul Halim pada Anugerah MACP 2014, malam ini.
PENGGIAT seni tanah air meraikan ulang tahun ke-25 MACP pada majlis Anugerah MACP 2014 sempena ulang tahun jubli perak MACP di sini, malam ini.
Turut diumumkan, Penulis Lirik Dengan Pendapatan Terbanyak yang dimenangi Habsah Hassan; Komposer Muda Berpontensi (Akim Ahmad); Lagu Inggeris Persembahan Terbanyak (Yuna/I wanna Go); Lagu Melayu Persembahan Terbanyak (Malique/Zizan dan Kaka/Bawaku Pergi) dan Anugerah Nadi Cipta (Saari Amri).
Majlis Anugerah MACP sempena sambutan ke-25 tahun organisasi itu turut diserikan dengan persembahan artis seperti Datuk Siti Nurhaliza, Yuna, Akim, Salmiah Hassan dan One Nation Emcee.
BAKAT BARU ANAK SABAH