Latest News

Emma Maembong Tingkatan Dua Sahaja

Menurut Emma, 21, beliau memang tidak bersekolah tetapi menghadiri home school ituti pembelajaran di rumah. Menurut Emma lagi, dia tidak bersekolah kerana menjaga adik lelakinya yang tidak boleh berjalan dan dia juga memutuskan untuk tidak mengambil SPM kerana mahu meneruskan legasi ayahnya yang juga seorang pelukis.

“Saya tidak ke sekolah sebaliknya hanya menghadiri home school, belajar di rumah. Saya tidak menduduki peperiksaan SPM kerana mahu belajar melukis dengan ayah, mahu ikut jejak ayah”

Apapun, Emma tetap mengakui akan berita dia belajar hingga tingkatan dua. Emma turut mengakui bahawa dia hanya belajar sehingga tingkatan dua dan sekarang sibuk dengan bidang lakonan yang baru diceburinya. Tanpa berselindung, Emma Maembong turut mengakui bahawa dua lagi adiknya iaitu Cha Cha Maembong yang turut sama berlakon dan adik lelakinya yang tidak boleh berjalan semuanya hanya belajar di rumah.




Admin: Menyanyi atau berlakon sebenarnya tidak terlalu memerlukan pelajaran yang tinggi. Apa yang penting ada bakat dan semestinya kesungguhan untuk memperkembangkan bakat tersebut. Lebih-lebih lagi jika ada tambahan pakej personaliti yang menarik.

YOUR BLOG TITLE Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.