Latest News

Video Madah Berhelah (Mariamah) dapat hit lebih 125k kurang sehari

Fenomena Ziana Zain Pitas sedang bergelombang di Sabah pada ketika ini apabila salah satu fan page Sabah telah memuat naik video beliau menyanyikan lagu Madah Berhelah yang dipopularkan oleh penyanyi yang sangat popular dengan lagu-lagu bernada tinggi iaitu Ziana Zain.

Dalam tempoh kurang satu hari video tersebut telah diakses lebih 125 ribu kali berdasarkan kepada statistik yang diberikan oleh admin page tersebut kepada Utara FM.


Dimaklumkan bahawa video ini telah dimuatnaik lebih kurang jam 4.00 petang pada 13 April 2013 di fan page tersebut dan pada masa ini statsitik menunjukkan video ini telah dikongsi sebanyak 898 kali dengan like  sebanyak 1,745 dan komen sebanyak 746.

Hampir 95% pengomen di page tersebut kagum dan memuji bakat dan teguran kepada Mariamah tetapi tidak kurang juga yang membuat komen negatif.

Selepas melihat dengan teliti dan video ini ada beberapa komen yang belum perlu diperkatakan seperti 'originaliti' kerana Mariamah bukannya dalam pertandingan, uji bakat atau artis profesional yang ada keperluan untuk mempertikaikan originalitinya. Bakatnya ini adalah semulajadi tanpa ada asahan komersil seperti kelas vokal dan sebagainya dan bukan semua orang boleh menyanyi dengan baik dan ada lontaran suara yang bagus seperti ini untuk lagu-lagu bernada tinggi.


Utara FM telah menghubungi kedua ibu bapa Mariamah mengenai fenomena ini iaitu Abdul Malik Yaaim (bapa) dan Ondu Kadir (ibu) sebaik sahaja melihat gelombang semakin tinggi bakat Mariamah di alam maya Sabah. 

"Saya memang selalu mendengar dia (Mariamah) menyanyi dan bagi saya dia menyanyi biasa-biasa saja sebab begitulah dia kalau menyanyi di rumah samada karaoke atau ditempat kahwin keluarga", kata bapanya.

Bagi ibunya pula, beliau mengakui bahawa anaknya ini boleh menyanyi dan sering kali juga menerima pujian dari rakan-rakan dan sanak saudara. Walau bagimanapun, sebagai orang kampung yang tidak tahu perkembangan dunia hiburan ini, ibunya tiada idea untuk mengembangkan bakatnya.

Bapanya menambah lagi bahawa dia pernah berharap ada pihak-pihak yang nampak bakat anaknya sewaktu anaknya masih lagi bujang dan membantunya untuk memperkembangkan bakat tersebut. Walau bagaimanapun, tiada yang tampil untuk membantu. Atas sebab ketidakmampuan untuk membantu anaknya, bapanya kini sudah tidak kisah lebih-lebih lagi anaknya telah berkeluarga dan mempunyai anak.

Berikut adalah lagu lain yang dinyanyikan oleh Mariamah iaitu Senja Nan Merah yang dipopularkan oleh Awie dan Ziana Zain yang dinyanyikannya duet bersama anak buahnya, Asdy.


Klik sini untuk mengikuti perkembangan video yang dipaparkan di fan page 1SABAH.

YOUR BLOG TITLE Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.