Latest News

Penyanyi Wanita Iban Popular Terpaksa Ditembak

Warga UtaraFM bersama Ebi dan Marlalin ketika Pelancaran Telemovie ABOI -HIASAN
Polis terpaksa menembak penyanyi wanita Iban popular menggunakan senjata renjatan elekterik atau ‘taser gun’ selepas gagal ditenangkan ketika mengamuk di sebuah rumah panjang di Ulu Sungai Salim pagi semalam.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, penyanyi berusia 40-an itu dikatakan mengamuk dan mengganggu ketenteraman rumah panjang itu dengan membaling objek dan hilang kawalan.

Sumber di tempat kejadian memberitahu, penghuni yang bimbang dengan keselamatan mereka menghubungi pihak hospital namun kakitangan perubatan turut gagal menenangkannya sebelum meminta bantuan pasukan keselamatan daripada Balai Polis Sibu Jaya.

Pasukan polis yang tiba di lokasi kejadian sekitar jam 9 pagi cuba mengawal keadaan namun dia semakin agresif dan sukar dikawal.

Akhirnya, polis terpaksa mengguna ‘taser gun’ yang menyebabkan wanita tersebut jatuh pengsan akibat terkena renjatan elektrik.

Bagaimanapun, penggunaan alat itu itu tidak mendatangkan kecederaan serius atau kesan kesakitan jangka panjang.

Selepas diberi suntikan untuk menenangkannya, wanita itu dibawa ke Hospital Sibu untuk menerima rawatan lanjut.

Punca kejadian belum dapat dikenal pasti.

YOUR BLOG TITLE Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.