Latest News

DJ Othoe (ex-SuriaFM) jadi pengulas di Utara.FM


Bahang kerancakan perlawanan terakhir liga super bagi musim ini antara pasukan Sabah dan Kelantan semakin terasa. Pastinya 6hb Julai akan menjadi saksi betapa pasukan Sabah akan bangkit dan seterusnya membelasah dan menghampakan hasrat pasukan Kelantan untuk menjadi juara liga.

Untuk menambahkan kerancakan perlawanan ini nanti, salah seorang pengulas tetap Utara FM untuk perlawanan bolasepak iaitu DJ LUGU telah menjemput seorang bekas DJ radio yang cukup terkenal di negeri ini untuk sama-sama mengulas perlawanan itu nanti. DJ yang di maksudkan ialah DJ OTHOE (ex-suriafm). Menurut DJ OTHOE, biarpun tidak ada pengalaman dalam pengulasan bola tetapi beliau tidak akan menghampakan harapan peminat bolasepak Sabah dan juga ingin membantu menaikkan imej radio online Utara FM.

Jangan lupa untuk datang di stadium Likas pada 6hb Julai untuk sama-sama memberikan sokongan padu kepada pasukan Sabah. Kepada yang jauh tu jangan risau kerana kami di Utara FM akan menyiarkan perlawanan ini secara langsung bersama dengan 3 orang pengulas iaitu DJ LUGU, DJ KUPANG dan DJ OTHOE. Macam biasa juga bah...

YOUR BLOG TITLE Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.