Latest News

DJ mka menyokong Utara.FM tanpa henti


DJ mka adalah penyampai konsisten generasi awal Ponet.FM yang pertama. Pada ketika itu server radio masih lagi menggunakan rangkaian PC di Gerai Ponet, Kg. Pinggan-Pinggan, Pitas. Mka telah membuka jalan kepada ahli komuniti Ponet (Pitas Online) untuk mencuba menjadi penyampai di Ponet.FM.

Perkembangan Ponet.FM kepada Utara.FM tetap diikutinya walaupun terikat dengan kerja rasmi sebagai seorang pejawat awam malah memegang amanah pentadbiran di jabatannya. Mka banyak membantu dari segi kewangan bagi membiayai tanggungan radio online ini. Walaupun pada ketika ini Mka jarang ke udara disebabkan oleh kesibukannya namun jiwanya tetap di Utara.FM dan sememangnya Mka telah menjalankan tugas sampingan sebagai Pengurus merangkap Setiausaha di Utara.FM.

YOUR BLOG TITLE Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.