Latest News

Perutusan Pengasas Utara.FM sempena Ulang Tahun Ke-2

Salam Satu Malaysia,

Hari ini genap 2 tahun secara rasmi Utara.FM beroperasi sebagai sebuah radio online Sabahan. Bermula dengan nama Ponet.FM yang mula-mula bersiaran bersama penyampai solo pada 12/12/2008 iaitu saya sendiri dari sebuah gerai kampung yang daif di daerah yang diiktiraf termundur di Malaysia terletak di utara Sabah iaitu Pitas.

Idea untuk membuat radio ini timbul pada awal bulan September 2008 apabila portal yang saya buat iaitu Pitas Online atau ringkas disebut sebagai PONET mendapat sambutan yang menggalakkan khususnya penyertaan dalam forum malah ada 2 moderator profesional terlibat mengendalikan forum khas iaitu Dr. Safree Jefree (Dr. Salimpodon) dalam forum Perubatan dan Mohd. Fadzil Karim (Peguam) bahagian Perundangan. PONET yang kini dikenali sebagai 1SABAH pada ketika itu telah dapat menghimpun lebih dari satu ribu pengguna. Admin yang mengendalikan portal ini ialah saya sendiri, Mohd. Noor Ag. Yahya dan Roslan Ag. Salleh.

Santai Ponet.FM dan SAM

Langkah Ponet.FM menjadi luas berikutan terdapat komitmen luar yang saya tidak sangka apabila Illie Jaymon meletakkan player Ponet.FM di blog berpengaruh Kota Marudu iaitu Suara Anak Marudu sehinggakan salah seorang penulis/pencetus blog tersebut menghubungi saya untuk mengadakan perjumpaan bagi membincangkan kerjasama iaitu Nazri Abdullah bersama-sama dengan Sanguru dan Dinakan di Dataran Bengkoka, Pitas.

Pelancaran oleh Pak Lah

Kerjasama ini telah mencetuskan nama Utara.FM selepas kunjungan balas kumpulan PONET ke Kota Marudu yang dihadiri oleh Androd Sadian, Nazri Abdullah, Jesvi Taising, Justina Tuyundo dan rakan-rakan saya dari PONET termasuk Mohd. Noor Ag. Yahya. Perbincangan ini mempersetujui penjenamaan Ponet.FM kepada Utara.FM untuk tujuan peluasan skop. Pengambilan nama ini merujuk kepada gelaran Sabah iaitu North Of Borneo. Utara yang dimaksudkan secara terus merujuk kepada Sabah. Kerjasama demi kerjasama dijalinkan sehinggalah kepada pelancaran Utara.FM sebagai sebuah radio online gabungan NGO Sabah yang dilancarkan oleh YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5 di Rest House Lohan, Ranau.

Aldusuni, DJ Tompinai dan DJ Nong ketika audition menjadi penyampai di Ponet.FM

Sejak dari itu sehingga kini, Utara.FM terus melangkah sebagai radio online bermisikan membantu mengangkat martabat IT Sabah dan merancakkan dunia hiburan dengan menjadi antara medium artis tempatan Sabah mempromosikan produk mereka. Artis pertama yang bekerjasama denga Utara.FM ialah Ridah kemudian disusuli dengan Felix Agus, Dayang Noraini, Stacy, Marsha, Norizs, Ebi Kornelis, Connie Mickey Jangki, Alvin MY, W.O.R.M, S. Welly, Brenda Londoh, Adam, Ampal, Nazrey Johani (ex-Raihan) dan ramai lagi.

Ridah (Lugai-Lugai) dan Jass Tarmin (Pok Silap) ketika Program 48 Jam Bersiaran Tanpa Henti

Berbincang dengan CDO Kundasang

Utara.FM juga diundang dalam program kerajaan negeri seperti Pesta Kobis, Pesta Jagung, Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Sabah, Karnival Sukan Air, Karnival Alam Sekitar, Belia 1Malaysia, Mesyuarat Perwakilan UMNO dan banyak lagi.

Selain itu, kerjasama rasmi juga dijalinkan dengan Kelab Penyokong Rasmi Bolasepak Sabah (Sabahawks Fan Club) dan radio konvensional KKFM (Radio Kampus UMS).

Kenangan bersama Chef Wan

Menjadi pencetus kewujudan Konsortium Radio Online Sabah (KROS) yang dinaungi oleh Tuan Jelani Hamdan.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada budiman-budiman yang membantu kami melancarkan perjalanan Utara.FM kepada Tuan Jaimbol Dangus (Urban Storm Sdn. Bhd.).

Terima kasih tidak terhingga kepada Tuan Janathan Kandok, Penolong Pengarah Kastam Sabah atas kesudian menaungi Utara.FM dan membantu membiayai server Utara.FM.

Usaha dan dorongan dari Tuan Nordin Thani memberikan kami input pengalaman luasnya dalam dunia penyiaran sangat kami hargai. Beliau hanya meletakkan dirinya sebagai pendengar yang prihatin tapi usaha dalamannya dalam membantu memperkembangkan Utara.FM lebih dari seorang pendengar. Apa yang paling mengujakan, beliau membuktikan bahawa radio online bukan setakat boleh di dengar di melalui internet.

Bermula dari segmen Dunia Nasyid Anda di Utara.FM, DJ Aldusuni kini mengendalikan radio onlinenya sendiri iaitu Cahaya.FM tapi masih lagi berkomitmen secara serius di Utara.FM

Akhir sekali, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua rakan-rakan penyampai sama ada yang masih bersama Utara.FM atau sudah berkomitmen dengan radio online lain atas kesungguhan dan kerjasama padu secara sukarela membentuk satu gagasan online Sabah.

1. DJ rumputt (Kota Kinabalu)
2. DJ Wady (K.Kinabalu)
3. DJ Aldusuni (Kota Kinabalu)
4. DJ Tompinai (Kota Marudu)
5. DJ NONG (Kota Marudu)
6. DJ kupang (Kota Kinabalu)
7. DJ LUGU (Kota Kinabalu)
8. DJ LM (Kota Kinabalu)
9. DJ AKU (Melaka)
10. DJ PP (Pulau Pinang)
11. DJ Tun Teja (Melaka)
12. DJ mka (Kota Marudu)
13. DJ Bat Man (Kota Marudu)
14. DJ siiputt (Kota Marudu)
15. DJ Is Adee (Pitas)
16. DJ Wildan (Kota Kinabalu)
17. DJ Foto (Kota Kinabalu)
18. DJ Yann (Pulau Pinang)
19. DJ Yunn (Ranau)
20. DJ JinNakal (Kuala Lumpur)
21. DJ. Mamik (Kota Marudu)
22. DJ Secret (Johor)
23. DJ Ayankdonk (Kota Kinabalu)
24. DJ Cute (Johor)
25. DJ Haiqal (Kota Kinabalu)
26. DJ Tz (Mesir)
27. DJ Jinmanis (Papar)
28. DJ Oyen (Kota Kinabalu)
29. DJ Ligong (Lahad Datu)
30. DJ Jay Bie (Pitas)
31. DJ Awang Kimanis (Papar)
32. DJ Monso (Kuala Lumpur)
33. DJ Naga (Kota Kinabalu)
34. DJ Pocoyo (Matunggong)

Terima kasih tidak terhingga juga kepada semua pendengar yang menyokong usaha ini. Tanpa anda tiadalah Utara.FM

Sekian.

Mohd. Jasni Ahmad Shukri @ DJ rumputt
Pengasas Utara.FM

YOUR BLOG TITLE Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.