Latest News

Edisi Ramadhan | Kempen Bantu Anak Yatim



Program bersama anak yatim di Rumah Putera Harapan Ranau dengan kerjasama TV Al-Hijrah (ASTRO Saluran 114), Cahaya.FM TVI Kimaragang.

Semasa kunjungan kami ke sana, kami memperolehi pelbagai info yang menyedihkan dan perlu diberikan perhatian dan bantuan dari pihak-pihak yang prihatin dan bertanggungjawab. Pada masa ini, rumah ini dihuni seramai 30 orang anak yatim. Pelbagai masalah dihadapi oleh pihak pengurusan rumah ini iaitu :

1. Sewa tapak bangunan RM1,000 sebulan dan setakat ini sudah 3 bulan tertunggak.

2. Bayaran untuk air dan elektrik yang tertunggak sudah melebihi RM1,000

3. Kemudahan penginapan seperti katil dan tilam sudah usang dan ada di antaranya sepatutnya tidak boleh digunakan lagi tapi terpaksa juga digunakan kerana tiada pilihan.Keadaan ini menyebabkan ada kes penghuni terjatuh dari atas katil 'deck' atas mengakibatkan kepala penghuni tersebut koyak.

4. Tapak bangunan tersebut juga menumpang di tanah yang dipercayai tanah harta peninggalan Tun Datu Haji Mustapha. 
INFO TERKINI | Utara.FM dan Cahaya.FM dengan kerjasama TV Al-Hijrah akan bersama-sama dalam program Makan Sahur Bersama Anak Yatim Ranau yang akan ditayangkan di saluran Al-Hijrah dalam program khas Ramadhan. Program ini disokong oleh Badan Dakwah Ranau dan dibantu taja oleh Tuan Jelani Hamdan. Terima kasih tidak terhingga kepada yang terlibat. Mudah2an Allah akan memberikan balasan kebaikan setimpal. Saya, Nazri Aldusuni (DJ Aldusuni), Dady Syabil (DJ Foto merangkap Pengurus TV Al-Hijrah cwgn Sabah) dan Wady Ag (Juru Teknik Utara.FM) sekarang sedang bersedia untuk program tersebut yang dijangka pada jam 3 pagi nanti. Insya Allah! 

YOUR BLOG TITLE Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.