Latest News

Biografi Stracie Angie Anam (Stacy)


Stracie Angie Anam atau lebih dikenali sebagai Stacy (lahir 18 Ogos 1990 di Kota Kinabalu, Sabah) merupakan juara rancangan realiti TV Akademi Fantasia Musim 6. Beliau sekarang menetap di Kampung Tuavon, Penampang di Sabah. Stacy makin dikenali melalui beberapa lagu hitsnya seperti Aku Stacy, Pakai Buang, dan Gagap.
  • Nama lahir Stracie Angie Anam
  • Berasal dari Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
  • Genre Pop, Dance, R&B, Pop rock
  • Pekerjaan Penyanyi
  • Tahun aktif 2008 – kini
  • Label Maestro Talent & Management Sdn. Bhd.
Penglibatan dalam Akademi Fantasia



Stacy atau nama penuhnya Stracie Angie Anam diterima masuk dalam Akademi Fantasia musim keenam dan beliau adalah salah seorang daripada empat belas calon pelajar yang terpilih untuk memasuki Akademi Fantasia setelah mengharungi berbagai-bagai ujian di setiap peringkat ujibakat yang diadakan.

Beliau juga adalah salah seorang pelajar yang berjaya mara ke peringkat akhir bagi musim keenam bersama Riz, Nubhan, Toi, dan Nadia. Pada 17 Mei 2008, beliau telah dinobatkan selaku juara Akademi Fantasia Musim 6 sekaligus mengungguli takhta juara AF kepada kaum wanita berturut-turut selepas Mila iaitu juara AF5.

Lagu-lagu di Akademi Fantasia

Berikut adalah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan AF yang seterusnya :

Konsert Pertama : "No One" - nyanyian asal oleh Alicia Keys
Konsert Kedua : "Rela" - nyanyian asal oleh Tila
Konsert Ketiga : "Pelesit Kota" - nyanyian asal oleh Kumpulan Search
Konsert Keempat : "Cinta Khayalan" - nyanyian asal oleh Stacy (lagu baru)
Konsert Kelima : "Makhluk Tuhan Paling Seksi" - nyanyian asal oleh Mulan Jameela
Konsert Keenam : "Don't Speak" - nyanyian asal oleh No Doubt
Konsert Ketujuh : "Hati 1957" - nyanyian asal oleh Siti Nurhaliza
Konsert Kelapan : "Gembira Hidup Ini" - nyanyian asal oleh Farah AF2
Konsert Kesembilan : "Beat It" - nyanyian asal oleh Michael Jackson
Konsert Akhir : "Atas Nama Cinta" - nyanyian asal oleh Rossa
Konsert Akhir : "Aku Stacy" - nyanyian asal oleh Stacy (lagu baru)

Single

2008 "Aku Stacy" Aku Stacy 
2008 "Gagap" Aku Stacy
2009 "Pakai Buang" Aku Stacy 
2009 "Menggegar Dunia (duet bersama Adam)
2010 "Jahat" CD Single 
2010 "Jahatnya Cinta" duet bersama Akim Cornetto Love Perhaps
2011 "Di Mana Kan Ku Cari Ganti" bersama Aizat Amdan,Dayang Nurfaizah,Vince Chong,
Atilia Haron, Bunkface, Ning Baizura, KRU, Shahir Zawawi,Azlan & The Typewriter, Ella
& Jaclyn Victor Astro Tribute to P. Ramlee
2011 "Kapsul" Stay-C 
2011 "Kisah Dongeng" Stay-C 
2011 "Kasanova" Stay-C
2012 "Pelangi Senja" Stay-C 

YOUR BLOG TITLE Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.