Latest News

Shana bakal meletup



Nama beliau ialah Hashiana Hasbullah atau Shana di lahirkan pada 17 Ogos 1986 di Indiana, USA. 

Beliau merupakan anak murid kpd guru vokal terkenal Siti Hajar. Penyanyi ini pernah membuat persembahan di Thailand, Kuala Lumpur dan Singapura. 

Beliau juga merupakan artis atau penyanyi undangan kepada beberapa penyanyi terkenal dan baru-baru ini telah membuat persembahan sempena Secretarial Nights di Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur.

Shana telah menghasilkan dua singles yang bertajuk Coretan Hati dan MR M.I.A. Singles ini telah dilancarkan di Kota Kinabalu pada 21 April 2013 yang mana dihadiri juga oleh beberapa orang artis tempatan termasuk Ebi Kornelis di Full House Cafe, Suria Sabah.

Apa yang menarik, Shana telah memberikan hak eksklusif untuk lagu-lagunya disiarkan di Utara FM dan merupakan media hiburan yang pertama diberikan hak cipta terpelihara ini. Album sulung beliau akan dilancarkan tidak berapa lama lagi.

Seperkara lagi yang menarik ialah keunikan suara dan susunan lagu-lagu ini menyebabkan anda akan merasakan lagu ini 


Lagu ini telah dimasukkan dalam playlist Auto DJ Utara FM disamping selalu dimainkan oleh penyampai bertugas di Utara FM.

YOUR BLOG TITLE Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.