Penyanyi Stacy tidak akan berkahwin jika bakal suaminya nanti tidak dapat menerima kehadiran anak angkatnya, Bella Valentina yang kini berusia setahun.
Stacy, 23, berkata, dia
lebih rela hidup membujang daripada berkahwin dan membesarkan sendiri
anaknya itu tanpa bantuan sesiapa.
“Jika tidak boleh terima tidak mengapa kerana saya boleh hidup berdikari dengan anak saya. Tiada masalah,” jelasnya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Stacy berkata, dia tidak suka apabila masyarakat
memanggil Bella sebagai anak angkatnya kerana tidak pernah menganggap
kanak-kanak itu sebagai orang luar.
Jelas Stacy,
seboleh-bolehnya dia tidak mahu Bella mengetahui dirinya anak angkat
kerana terlalu menyayangi anak perempuannya itu.

Tambah Stacy, dia kini
semakin selesa bergelar ibu dan dapat menguruskan keperluan Bella dengan
baik dengan bantuan ahli keluarganya yang lain.
“Seronok
bergelar ibu kerana setiap perkara yang saya lakukan mempunyai matlamat
dan hidup saya lebih terisi dengan kehadirannya.
“Malah setiap kali ingin keluar bekerja mesti rasa berat nak tinggalkan Bella,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Stacy berkata dia kini sedang sibuk mengumpul
bahan untuk album terbaharunya yang dijangka akan berada di pasaran pada
penghujung tahun ini.
Katanya, kali ini dia bakal bekerjasama dengan komposer Audi Mok bagi album tersebut selain Edry Abdul Halim.
Stacy juga bakal melancarkan klip video terbaharunya berjudul Bosan dalam masa terdekat. - mStar