Latest News

Penganugerahan Ijazah Sarjana Kehormat : Tak Perlulah Pertikai -Fara Fauzana

PETALING JAYA: Pengacara dan penyampai radio Fara Fauzana meminta orang ramai tidak merendah-rendahkan Ijazah Sarjana Kehormat  dalam bidang Komunikasi Massa yang diterimanya daripada Kolej Universiti Geomatika pada Ahad lalu.

UTARAFM ONLINE
Fara, 34, berkata, penganugerahan tersebut diberi berdasarkan pengalamannya selama sepuluh tahun dalam bidang penyiaran televisyen dan radio.

"Saya anggap ia sebagai satu rezeki dan penghargaan yang daripada pihak institusi tersebut. Sebelum menerimanya pihak institusi tersebut sudah menjelaskan tentang penganugerahan ini.

"Usahlah pertikaikannya kerana pihak mereka mempunyai penilaian tertentu kepada individu yang dirasakan layak dan perkara itu kena tanya pihak mereka sendiri," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Jumaat.

Fara menerima penganugerahan tersebut pada majlis Konvokesyen Kolej Universiti Geomatika pada Ahad Lalu.

Fara berkata demikian bagi mengulas tentang penerimaan Ijazah Sarjana Kehormat dalam bidang Komunikasa Massa yang diterimanya pada majlis Konvokesyen Kolej Universiti Geomatika yang berlangsung di Hotel Premiera, di sini, Ahad lalu.

Penganugerahan tersebut dipertikaikan segelintir pihak yang mendakwa penyampai radio Hot FM itu masih belum cukup berpengalaman untuk melayakkannya dikurniakan mana-mana ijazah kehormat.

Fara berkata, dia enggan mengulas berkaitan perkara tersebut dan menerima penganugerahan itu dengan hati terbuka.

"Mereka ingin beri penganugerahan itu, jadi saya ambil dengan hati terbuka. Pada saya ia dapat memberi semangat untuk berkerja lebih kuat lagi," ujarnya.

Dalam pada itu, Fara berkata, dia pernah menyambung pelajaran di peringkat Sarjana di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada tahun 2004, namun tertangguh akibat terlalu sibuk dengan kerja.

Namun dia berazam untuk menyambung pengajiannya di peringkat Doktor Falsafah (Phd) pada masa depan.

"Saya pernah cuba menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana di UiTM, namun terhenti sebab sibuk dengan kerja. Bila tengok rakan-rakan lain sambung belajar saya jadi cemburu.

"Insya-Allah, saya akan sambung diperingkat lebih tinggi jika tiada halangan," ujarnya.

Sebelum ini, Fara Fauzana memiliki Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Perhubungan Awam) dari UiTM Shah Alam.

YOUR BLOG TITLE Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.