Latest News

VOKALIS POPULAR DIREMAN SIASATAN MEMILIKI SYABU

Utarafm Online
KUALA LUMPUR 20 Nov. - Mahkamah Majistret Selayang dekat sini hari ini membenarkan perintah tahanan reman terhadap seorang vokalis kumpulan terkenal era 90-an selama empat hari bagi membantu siasatan kes memiliki dadah jenis syabu.

Vokalis lelaki berusia 35 tahun itu ditangkap semalam di pekarangan sebuah pusat beli belah di Selayang, Gombak dalam Operasi Tapis yang dilakukan sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Izzah Hasan Basri di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE

YOUR BLOG TITLE Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.