Latest News

DJR mahu ceriakan dunia hiburan Sabah dengan 'Joget So Sweet Ni'

Minatnya dalam dunia hiburan hanya bermula sebagai penyampai radio online pertama Sabah iaitu UtaraFM (UFM) dan kini beliau mula berkecimpung dalam bidang nyanyian.Mohd Jasni Ahmad Shukri atau lebih dikenali sebagai DJR bakal tampil dengan single beliau yang berunsurkan genre Humor Sabahan yang bertajuk “Joget So Sweet Ni” tidak lama lagi.

Lagu dan lirik “Joget So Sweet Ni” telah dicipta oleh Komposer terkenal Sabah iaitu Ramli Carlo atau nama sebenar beliau Ramli Ahmad. Ramli Carlo juga pernah mencipta lagu bertajuk Adaa nyanyian Clarice John Matha.

DJR merupakan pengasas UFM yang berasal daripada daerah Pitas berkata, beliau telah merakamkan lagu “Joget So Sweet Ni” disalah sebuah studio terkemuka di Kota Kinabalu.

“Syukur, segala proses rakaman telah selesai dijalankan dan single ini dijangka akan dipasarkan tidak lama lagi bersama album kompilasi artis tempatan sabah.

Katanya, lagu berkenaan mempunyai jalan cerita yang agak menarik apabila seorang pemuda miskin yang sangat menyukai seorang gadis tetapi malu untuk bersuara.

“Melalui lagu ini pemuda tersebut berterus-terang dengan ibu gadis berkenaan dengan menyanyikan lagu ini dengan cara tersendiri,”Katanya ketika ditemui selepas mengadakan rakaman lagu itu.

DJR ketika ditanya perasaan mengenai perasaannya bakal menjadi artis, beliau menyatakan tidak mahu digelar artis.

“Saya tidak berhasrat untuk digelar artis, namun bagi saya cukuplah setakat digelar penghibur yang dapat memberikan hiburan untuk menceriakan dunia muzik sabah,” katanya lagi.

Lagu “Joget So Sweet Ni” kini telah menjadi kegemaran pendengar apabila kerap menjadi permintaan pendengar radio KKFM sebuah radio kampus Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui frekuensi 91.1mhz.

Selain daripada menjadi penyampai radio online dan juga menyanyi, DJR juga berbakat dalam bidang pengacaraan apabila pernah mengacarakan beberapa konsert besar seperti Konsert Budaya 1Malaysia dan Konsert Penutupan Pesta Jagung di Kota Marudu serta Konsert Penutupan Pesta Bengkoka selain menjadi pengacara untuk beberapa siri karnival di Bongawan, Papar dan Membakut bersama Petronas.

YOUR BLOG TITLE Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.