Latest News

Kami Pertama Di Malaysia

Permulaan yang sangat unik dan berlainan apabila Utara.FM dilancarkan oleh bekas pemimpin No. 1 Malaysia iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi di Rumah Rehat Lohan, Ranau.

Ditambah lagi apabila tercetus satu radio online Islam pertama Sabah iaitu Cahaya.FM yang dilancarkan oleh YB Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah. Radio ini adalah cabang Utara.FM yang tercetus selepas segmen Dunia Nasyid Anda oleh DJ Aldusuni sangat mendapat sambutan diluar jangkaan.

Selepas itu, Utara.FM melangkah perlahan dengan tekad untuk membuktikan kepada dunia bahawa Sabah tetap mampu bersaing dalam internet. Senario kini membuktikan bahawa usaha pertama akan membuahkan hasil selepas kemuculan lebih 40 radio online setakat ini di Sabah.

Tahun 2011 adalah tuah kepada Utara.FM apabila dapat bekerjasama denga pemimpin No. 1 dan No. 2 Sabah iaitu DSP Musa Hj. Aman (Ketua Menteri) dan DSP Yahya Hussin (TKM) dalam siri program yang melibatkan bola sepak.

Pencapaian dan kepercayaan tertinggi Utara.FM apabila dilantik secara rasmi menjadi Media Rasmi Kelab Penyokong Bola Sepak Rasmi Persatuan Bola Sepak Sabah iaitu Sabahawks Fan Club.

Utara.FM adalah radio online pertama di Malaysia yang mendapat kepercayaan penuh dalam menyiarkan dan membuat ulasan secara online perlawanan bola sepak liga tertinggi di Malaysia iaitu Liga Super secara langsung dari Bilik Media Stadium.

Inilah Utara.FM yang sebenar-benarnya Sabahan dan berjuang untuk Sabah.
Walau bagaimanapun, kami masih lagi menanti pihak yang sanggup membantu kami dalam memperkembangkan usaha ini. Siapakah yang sudi membantu kami?

YOUR BLOG TITLE Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.